ENAKMEN 15 TAHUN 1992
ENAKMEN UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM 1992

BAHAGIAN VI - NAFKAH ISTERI, ANAK DAN LAIN-LAIN



Seksyen 77. Kuasa Mahkamah mengubah perintah penjagaan atau nafkah anak.

Mahkamah boleh, atas permohonan seseorang yang mempunyai kepentingan, pada bila-bila masa dan dari semasa ke semasa mengubah atau membatalkan sesuatu perintah mengenai penjagaan seseorang atau nafkah seseorang anak, jika berpuas hati bahawa perintah itu telah berasaskan suatu salah nyataan atau kesilapan fakta atau jika sesuatu perubahan matan telah berlaku tentang hal demikian.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.