ORDINAN 41 TAHUN 2001
ORDINAN MAJLIS ISLAM SARAWAK, 2001

BAHAGIAN IX - PERUNTUKAN-PERUNTUKAN KEWANGAN



Seksyen 73. Laporan Tahunan.

Majlis hendaklah menyebabkan akaun-akaun yang lengkap dan benar Baitulmal disimpan dan hendaklah dengan seberapa segera yang mungkin selepas 31 haribulan Disember dalam tiap-tiap tahun mengemukakan kepada Menteri suatu laporan tentang aktiviti-aktiviti Majlis sepanjang tahun yang sebelumnya, berserta dengan satu kunci kira-kira Baitulmal, seperti pada 31 haribulan Disember, suatu akaun pendapatan dan perbelanjaan bagi tahun itu dan senarai harta dan pelaburan Baitulmal dengan menunjukkan kosnya, jika dibeli, dan anggaran nilai seperti pada 31 haribulan Disember.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.