ENAKMEN 4 TAHUN 2004
ENAKMEN PENTADBIRAN AGAMA ISLAM (PERAK) 2004
BAHAGIAN IX - MEMELUK AGAMA ISLAM
Seksyen 96. Kehendak-kehendak bagi pemelukan agama Islam.
(1) Kehendak-kehendak yang berikut hendaklah dipatuhi bagi pemelukan sah agama Islam oleh seseorang:
(a)
orang itu mestilah mengucapkan dua kalimah Syahadah dalam bahsa Arab secara yang semunasabahnya jelas;
(b)
pada masa dia mengucap dua kalimah Syahadah itu, orang itu mestilah sedar bahawa kalimah itu bermakna "Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allh dan aku naik saksi bahawa Nabi Muhammad S.A.W. ialah Pesuruh Allah"; dan
(c)
pengucapan itu mestilah dibuat dengan kerelaam hati orang itu sendiri.
(2) Seseorang yang tidak dapat bercakap boleh, bagi maksud memenuhi kehendak perenggan (1)
(a)
, mengucapkan dua kalimah Syahadah dengan menggunakan isyarat yang menunjukkan makna yang dinyatakan dalam perenggan (1)
(b)
.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.