ENAKMEN 9 TAHUN 1983
ENAKMEN ACARA JENAYAH SYARIAH 1983

BAHAGIAN II - PERUNTUKAN-PERUNTUKAN AM MENGENAI MAHKAMAH-MAHKAMAH JENAYAH
BAB V - PROSES MAHKAMAH UNTUK MEMAKSA MENGEMUKAKAN DOKUMEN DAN LAIN-LAIN HARTA ALIH DAN UNTUK MELEPASKAN ORANG TERSALAH TAHAN
WARAN GELEDAH



Seksyen 47. Menggeledah orang tersalah tahan.


Jika mana-mana Qadhi mempunyai alasan untuk mempercayai bahawa seseorang itu ditahan dalam keadaan yang mana penahanan itu mengakibatkan suatu kesalahan dia bolehlah mengeluarkan suatu waran geledah, dan orang yang kepadanya waran itu diarahkan bolehlah menggeledah untuk mendapatkan orang yang ditahan itu; penggeledahan itu hendaklah dibuat sebagaimana yang ditetapkan dan orang itu, jika dijumpai, hendaklah dengan segera dibawa ke hadapan Qadhi yang akan membuat perintah yang sesuai bagi kes itu.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.