ENAKMEN 12 TAHUN 1994
ENAKMEN KETERANGAN MAHKAMAH SYARIAH 1994

BAHAGIAN I - KERELEVENAN
BAB 1 - PERMULAAN



Seksyen 4. Anggapan.

(1) Apabila diperuntukan oleh Enakmen ini bahawa Mahkamah boleh menganggap suatu fakta sebagai wujud, Mahkamah boleh mensifatkan fakta itu sebagai dibuktikan melainkan dan sehingga ia dibuktikan sebaliknya, atau boleh meminta buktinya.

(2) Apabila diarahkan oleh Enakmen ini bahawa Mahkamah hendaklah menganggap sesuatu fakta sebagai wujud, Mahkamah hendaklah mensifatkan fakta itu sebagai dibuktikan melainkan dan sehingga ia dibuktikan sebaliknya.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.