ENAKMEN 13 TAHUN 1993
ENAKMEN KETERANGAN SYARIAH 1993

BAHAGIAN II - MENGENAI BUKTI
BAB 5 - KETERANGAN DOKUMENTAR
ANGGAPAN TENTANG DOKUMEN



Seksyen 64. Anggapan tentang Warta, surat khabar dsb.

Mahkamah hendaklah menganggap ketulinan tiap-tiap dokumen yang berupa sebagai Warta Kerajaan Malaysia atau Warta Kerajaan Negeri, atau sebagai sebuah akhbar, jurnal atau majalah dan tiap-tiap dokumen yang berupa sebagai dokumen yang diarah oleh mana-mana undang-undang supaya disimpan oleh sesiapa jua, jika dokumen itu disimpan pada matannya mengikut bentuk yang dikehendaki oleh undang-undang dan dikemukakan daripada simpanan yang sepatutnya.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.