ENAKMEN 4 TAHUN 1996
ENAKMEN ACARA JENAYAH SYARIAH (NEGERI PULAU PINANG) 1996
BAHAGIAN VII - PERUNTUKAN TAMBAHAN
BAB 7 - PEMINDAHAN KES-KES JENAYAH
Seksyen 203. Kuasa Hakim Mahkamah Tinggi Syariah memindahkan kes.
Apabila sahaja dipernyatakan kepada Hakim Mahkamah Syariah-
(a)
bahawa perbicaraan yang adil dan saksama tidak boleh dijalankan di mana-mana Mahkamah Rendah Syariah;
(b)
bahawa ada kemungkinan suatu persoalan undang-undang yang luar biasa rumitnya akan berbangkit;
(c)
bahawa melihat tempat di mana atau berhampiran dengannya kesalahan telah dilakukan adalah dikehendaki bagi menentukan bahawa perbicaraan baginya dijalankan dengan memuaskan;
(d)
bahawa perintah di bawah seksyen ini akan memudahkan secara amnya pihak-pihak atau saksi-saksi; atau
(e)
bahawa setiap perintah itu suaimanfaat demi keadilan, atau seperti yang dikehendaki oleh mana-mana peruntukan Enakmen.
Hakim itu boleh memerintahkan-
(aa)
bahawa apa-apa kes jenayah tertentu dipindahkan dan dibicarakan di hadapan Mahkamah Tinggi Syariah; atau
(bb)
bahawa tertuduh dibicarakan di Mahkamah Rendah Syariah yang lain.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.