ENAKMEN 8 TAHUN 2004
ENAKMEN KETERANGAN MAHKAMAH SYARIAH (PERAK) 2004
BAHAGIAN I - KERELEVANAN
BAB 2 - QARINAH
Am
Seksyen 11. Bila fakta boleh menjadi qarinah
Fakta menjadi
qarinah
---
(a)
jika ianya tak selaras dengan mana-mana fakta persoalan atau fakta relevan;
(b)
jika dengan sendirinya atau berkaitan dengan fakta lain, ia menjadikan kewujudan atau ketakwujudan mana-mana fakta persoalan atau fakta relevan amat barangkali atau amat tak barangkali.
MISALAN
(a)
Soalnya ialah sama ada
A
melakukan suatu jenayah di Kuala Lumpur pada suatu hari tertentu.
Fakta bahawa pada hari itu
A
berada di Ipoh ialah
qarinah.
Fakta bahawa hampir dengan masa berlakunya jenayah itu
A
berada jauh dari tempat di mana jenayah itu dilakukan, yang menjadikannya amat tak barangkali, walau pun tak mustahil, bahawa dia telah melakukan jenayah itu, ialah
qarinah.
(b)
Soalnya ialah sama ada
A
telah melakukan suatu jenayah.
Hal keadaannya sebegitu rupa sehingga menunjukkan bahawa jenayah itu pasti telah dilakukan sama ada oleh
A, B, C
dan
D
. Tiap-tiap fakta yang menunjukkan bahawa jenayah itu tak mungkin telah dilakukan oleh seseorang lain dan bahawa ia tidak dilakukan sama ada oleh
B, C
atau
D
ialah
qarinah.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.