ENAKMEN 4 TAHUN 1994
KANUN ACARA JENAYAH (SYARIAH) 1994

BAHAGIAN V - RAYUAN DAN PENYEMAKAN
BAB XVII - DARIHAL RAYUAN KE MAHKAMAH TINGGI SYARIAH



Seksyen 135. Prosedur bagi rayuan.

(1) Tertakluk kepada peruntukan seksyen 133, dan 134, mana-mana orang yang tidak berpuas hati dengan apa-apa penghakiman, hukuman atau perintah yang diumumkan oleh mana-mana Mahkamah Rendah Syariah dalam sesuatu kes atau perkara jenayah yang kepadanya dia adalah suatu pihak, bolehlah membuat rayuan ke Mahkamah Tinggi Syariah terhadap penghakiman, hukuman atau perintah itu berkenaan dengan apa-apa kesilapan undang-undang atau fakta atau kedua-duanya atau atas alasan apa-apa hukuman yang dikatakan berlebihan atau yang dikatakan tak memadai, dengan memasukkan, dalam tempoh empat belas hari dari masa penghakiman, hukuman atau perintah itu dijatuhkan atau dibuat, suatu notis rayuan kepada Penolong Pendaftar Mahkamah Rendah Syariah tersebut dalam lima salinan yang dialamatkan kepada Mahkamah Tinggi Syariah dan pada masa yang sama membayar fee yang ditetapkan baginya.

(2) Tiap-tiap notis rayuan hendaklah dibuat dalam Borang 9 seperti yang dinyatakan dalam Jadual dan difailkan dalam tujuh salinan dan mengandungi alamat di mana apa-apa notis atau dokumen berkaitan dengan rayuan itu boleh disampaikan kepada pihak merayu atau kepada peguam syarienya.

(3) Apabila suatu notis rayuan telah dimasukkan maka Mahkamah dari mana rayuan itu dibuat hendaklah membuat satu salinan bertandatangan tentang alasan keputusan dalam kes itu dan menyebabkannya disampaikan kepada pihak merayu atau peguam syarienya dengan meninggalkan salinan tersebut di alamat yang disebutkan dalam notis rayuan itu atau dengan menghantarkannya melalui pos berdaftar kepada pihak merayu di alamat tersebut.

(4) Dalam tempoh empat belas hari selepas salinan alasan keputusan telah disampaikan sebagaimana yang diperuntukkan dalam subseksyen (3), pihak merayu hendaklah memasukkan suatu petisyen rayuan kepada Penolong Pendaftar Mahkamah Rendah Syariah di mana perbicaraan itu telah diadakan dalam lima salinan yang dialamatkan kepada Mahkamah Tinggi Syariah.

(5) Jika pihak merayu di dalam tempoh yang diperuntukkan dalam subseksyen (1) bagi memasukkan notis rayuannya telah memohon untuk mendapatkan salinan nota-nota keterangan yang direkodkan oleh Hakim semasa perbicaraannya dia hendaklah memasukkan petisyen rayuannya sebagaimana yang diperuntukkan dalam sub-seksyen (4)-

mengikut mana-mana tempoh yang lebih panjang. (6) Tiap-tiap petisyen rayuan hendaklah menyatakan dengan ringkas isi penghakiman yang dirayukan, dan hendaklah mengandungi butir-butir tertentu mengenai perkara-perkara undang-undang atau fakta yang berkenaan dengannya Mahkamah yang darinya rayuan itu dibuat dikatakan telah silap.

(7) (a) Jika pihak merayu berada dalam penjara dia hendaklah disifatkan telah mematuhi kehendak-kehendak seksyen ini jika dia memberi kepada pegawai yang bertanggungjawab bagi penjara itu notis rayuan sarna ada secara lisan atau bertulis dan butir-butir yang dikehendaki dimasukkari dalam petisyen rayuan itu dalam masa yang ditetapkan oleh seksyen ini dan membayar fee rayuan yang ditetapkan;
(8) Jika sesuatu petisyen rayuan tidak dimasukkan di dalam masa yang ditetapkan oleh seksyen ini, rayuan itu hendaklah disifatkan telah ditarikh balik dan Mahkamah yang membicarakan hendaklah menguatkuasakan hukuman atau perintahnya jika penggantungan pelaksanaan telah dibenarkan, tetapi tiada apa-apa jua yang terkandung di dalam seksyen ini boleh disifatkan menghadkan atau menyekat kuasa yang diberikan kepada Hakim oleh seksyen 137.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.