ENAKMEN 14 TAHUN 1978
ENAKMEN PENTADBIRAN IGAMA ISLAM 1978

BAHAGIAN VIII - KESALAHAN-KESALAHAN



Seksyen 168. Fatwa.

Barangsiapa memberi sebarang Fatwa dengan cara lisan atau tulisan mengenai Igama Islam selain daripada Fatwa yang dikeluarkan oleh Majlis atau Mufti adalah melakukan kesalahan yang boleh dihukum dengan denda tidak lebih daripada lima ratus ringgit atau penjara selama tidak lebih daripada tiga bulan atau kedua-duanya sekali dan segala Fatwa bertulis hendaklah dirampas dan dimusnahkan atau sebagaimana yang diarahkan oleh Mahkamah.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.