ENAKMEN 2 TAHUN 2001
ENAKMEN PENTADBIRAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM (TERENGGANU)

BAHAGIAN II - MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT MELAYU DAN PELANTIKAN PEGAWAI-PEGAWAI



Seksyen 13. Kehadiran bukan anggota dalam mesyuarat Majlis.

(1) Jika seseorang anggota yang dilantik di bawah perenggan 8 (1) (c) atau subseksyen 8 (4) tidak dapat menghadiri sesuatu mesyuarat Majlis, anggota itu boleh diwakili oleh mana-mana pegawai beragama Islam di Jabatan atau Bahagian yang sama dengannya pada mesyuarat itu.

(2) Yang Dipertua boleh menjemput mana-mana orang yang bukan anggota Majlis untuk hadir dalam mana-mana mesyuarat Majlis, jika urusan di hadapan mesyuarat itu menyebabkan kehadiran orang itu dikehendaki.

(3) Seseorang yang dijemput menghadiri mesyuarat di bawah subseksyen (1) atau (2) berhak mengambil bahagian dalam pertimbangtelitian Majlis, tetapi tidak berhak mengundi.





Copyright PNMB-LawNet. All rights reserved.