ENAKMEN 11 TAHUN 2004
ENAKMEN KETERANGAN MAHKAMAH SYARIAH 2004
BAHAGIAN I - KERELEVANAN
BAB 2 - QARINAH
Bila Pendapat Orang Ketiga Qarinah
Seksyen 38. Bila pendapat mengenai hubungan ialah qarinah.
Apabila Mahkamah perlu membuat sesuatu pendapat tentang hubungan seseorang dengan seseorang yang lain, maka pendapat yang dilahirkan melalui kelakuan tentang kewujudan hubungan itu oleh mana-mana orang yang, sebagai anggota keluarga itu atau selainnya, mempunyai cara yang khas bagi mengetahui perkara itu ialah
qarinah
.
MISALAN
(a) Soalnya ialah sama ada
A
dan
B
telah berkahwin.
Fakta bahawa mereka biasanya diterima dan diperlakukan oleh sahabat mereka sebagai suami isteri ialah
qarinah
;
(b) Soalnya ialah sama ada
A
ialah anak
B
yang sah taraf.
Fakta bahawa
A
sentiasa diperlakukan sedemikian oleh anggota keluarganya ialah
qarinah
.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.