ENAKMEN 12 TAHUN 1986
ENAKMEN PENTADBIRAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM 1986

BAHAGIAN IV - PERKARA-PERKARA KEWANGAN
Zakat dan Fitrah



Seksyen 158. Tanggungan membayar zakat.

(1) Zakat hendaklah dikeluarkan oleh setiap orang Islam yang menghasilkan padi, jagung, atau lain-lain makanan asas yang ditetapkan oleh Majlis dari semasa ke semasa mengikut Hukum Syara', yang penghasilannya tidak kurang daripada 5 ausuq (300 gantang Baghdad) atau yang bersamaan dengannya dalam mana-mana satu tahun, pada kadar yang tidak lebih daripada sepuluh peratus daripada jumlah penghasilannya itu.

(2) Tertakluk kepada subseksyen (3), zakat kerbau lembu hendaklah dikeluarkan pada kadar yang berikut:

Tidak kurang daripada 30 tetapi tidak lebih daripada 39 ekor seekor anak lembu atau kerbau berumur tidak kurang daripada satu tahun.

Tidak kurang daripada 40 tetapi tidak lebih daripada 59 ekor seekor anak lembu atau kerbau berumur tidak kurang daripada dua tahun.

Tidak kurang daripada 60 tetapi tidak lebih daripada 69 ekor dua ekor anak lembu atau kerbau berumur tidak kurang daripada satu tahun.

(3) Bagi jumlah lembu atau kerbau yang lebih daripada 69 ekor, maka kadarnya hendaklah ditentukan mengikut beberapa kali jumlah itu boleh dibahagikan dengan tiga puluh atau empat puluh ataupun kedua-duanya dan dengan itu, bagi tiap-tiap 30 ekor yang genap, kadarnya ialah seekor anak lembu atau kerbau yang berumur tidaki kurang daripada satu tahun, dan bagi tiap-tiap 40 ekor genap, kadarnya ialah seekor anak lembu atau kerbau yang berumur tidak kurang daripada dua tahun.

(4) Zakat kambing atau biri-biri hendaklah dikeluarkan pada kadar yang berikut:

Tidak kurang daripada 40 tetapi tidak lebih daripada 120 ekorseekor biri-biri yang berumur tidak kurang daripada satu tahun atau seekor kambing yang berumur tidak kurang daripada dua tahun.

Tidak kurang daripada 121 tetapi tidak lebih daripada 200 ekordua ekor biri-biri yang berumur tidak kurang daripada satu tahun atau dua ekor kambing yang berumur tidak kurang daripada dua tahun.

Tidak kurang daripada 201 tetapi tidak lebih daripada 399 ekortiga ekor biri-biri yang berumur tidak kurang daripada satu tahun atau tiga ekor kambing yang berumur tidak kurang daripada dua tahun.

Bagi 400 ekorempat ekor biri-biri yang berumur tidak kurang daripada satu tahun atau empat ekor kambing yang berumur tidak kurang daripada dua tahun.

Selepas daripada itu, bagi tiap-tiap 100 ekor genap, ditambahkan seekor biri-biri atau kambing yang berumur tidak kurang daripada dua tahun.

(5) Zakat hendaklah dikeluarkan di atas harta-benda selain daripada yang tersebut di dalam subseksyen (1), (2), dan (4) sebagaimana berikut:





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.