ORDINAN 7 TAHUN 1991
ORDINAN ACARA MAL SYARIAH 1991
BAHAGIAN XIX - PERLAKSANAAN
Seksyen 147. Penggunaan hasil.
Bailif hendaklah menggunakan semua wang yang dilevi atau diterima olehnya melalui perlaksanaan mengikut susunan berikut:
(
a
) perbelanjaan perlaksanaan;
(
b
) pengembalian deposit pemiutang penghakiman yang tidak digunakan;
(
c
) apabila sesuatu perkara termasuk di dalam Bahagian XX, bayaran kepada Mahkamah hendaklah dilaksanakan mengikut peruntukan-peruntukan Bahagian tersebut;
(
d
) apabila sesuatu perkara tidak termasuk di dalam Bahagian XX, bayaran kepada Mahkamah untuk kredit pemiutang penghakiman hendaklah tidak melebihi jumlah yang perlu bagi menjelaskan penghakiman perlaksanaan dan kos perlaksanaan itu;
(
e
) bayaran kepada Mahkamah wang baki untuk kredit penghutang penghakiman.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.