ORDINAN 8 TAHUN 1991
ORDINAN KANUN ACARA JENAYAH SYARIAH 1991

BAHAGIAN V - DARIHAL RAYUAN DAN PENYEMAKAN
BAB XVII
Darihal Rayuan ke Mahkamah Rayuan Syariah



Seksyen 158. Rayuan terhadap pembebasan, tertuduh yang boleh ditangkap.

Apabila satu rayuan dikemukakan terhadap pembebasan, Mahkamah Rayuan Syariah boleh mengeluarkan waran mengarahkan supaya orang yang dituduh ditangkap dan dibawa ke hadapannya, dan boleh menahannya di penjara sehingga rayuan itu diselesaikan atau membenarkan jaminan kepadanya.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.