ORDINAN 41 TAHUN 2001
ORDINAN MAJLIS ISLAM SARAWAK, 2001

BAHAGIAN V - PENUBUHAN LEMBAGA BAITULMAL DAN WAKAF, BAITULMAL, WAKAF DAN NAZR
Penubuhan dsb., Baitulmal dan Caruman-Caruman kepadanya



Seksyen 45. Penubuhan Baitulmal.

(1) Maka hendaklah ditubuhkan, bagi maksud Ordinan ini, suatu kumpulan wang yang dikenali sebagai Baitulmal.

(2) Baitulmal hendaklah terdiri daripada-
(3) Segala wang dan harta dalam Baitulmal hendaklah terletakhak pada Majlis yang hendaklah mentadbirkan segala wang dan harta itu mengikut Ordinan ini atau kaedah-kaedah yang dibuat di bawahnya.

(4) Walau apa pun subseksyen (3), apa-apa pelaburan berupa aset dan wang yang terletak hak pada Majlis boleh dijual, dihasilkan dan dilupuskan, dan hasil pungutannya itu bolehlah dilaburkan mengikut seksyen 44.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.