ENAKMEN 2 TAHUN 1989
ENAKMEN PENTADBIRAN PERUNDANGAN ISLAM 1989

BAHAGIAN V - MASJID



Seksyen 62. Tempoh jawatan Pegawai Masjid.

(1) Setiap pegawai masjid hendaklah memegang jawatan dengan persetujuan daripada Majlis dan boleh ditamatkan melalui notis daripada Majlis tetapi tiada seseorang pegawai masjid boleh menjawat jawatan itu apabila telah berumur enam puluh tahun:

Dengan syarat Majlis boleh, jika difikir perlu, melantik seseorang yang berumur lebih daripada enam puluh tahun memegang mana-mana jawatan pegawai masjid di atas syarat-syarat yang difikirkan perlu.

(2) Adalah menjadi kewajipan Setiausaha membawa kepada pengetahuan Majlis kelakuan buruk mana-mana pegawai masjid, sama ada berkaitan dengan tugasnya atau sebaliknya dan Setiausaha hendaklah membuat apa-apa syor.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.