ORDINAN 8 TAHUN 1991
ORDINAN KANUN ACARA JENAYAH SYARIAH 1991

BAHAGIAN VI - PERUNTUKAN TAMBAHAN
BAB XXI
Darihal Jaminan



Seksyen 188. Bila waran tangkap boleh dikeluarkan terhadap orang yang dijamin.

Jika kerana kesilapan, tipuan atau sebab yang lain, penjamin yang tidak mencukupi telah diterima atau jika penjamin itu kemudiannya menjadi tidak mencukupi, Mahkamah yang memberi jaminan itu boleh mengeluarkan waran tangkap mengarahkan orang yang telah dilepaskan atas jaminan itu dibawa ke hadapan Mahkamah itu, dan boleh mengarahkan supaya dia mencari penjamin yang mencukupi dan jika dia gagal Mahkamah boleh mengarahkan supaya dia ditahan dalam penjara.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.