ENAKMEN 1 TAHUN 1984
ENAKMEN KELUARGA ISLAM 1979
BAHAGIAN II - PERNIKAHAN
Seksyen 10. Persetujuan dikehendaki.
(1) Sesuatu pernikahan adalah tidak diakui dan tidak boleh didaftarkan di bawah peruntukan Enakmen ini melainkan kedua-dua pihak kepada pernikahan itu telah bersetuju terhadapnya, dan
--
(
a
) Wali pengantin perempuan telah bersetuju terhadap pernikahan itu; atau
(
b
)
Mahkamah yang mempunyai bidangkuasa di tempat di mana pihak perempuan itu bermukim atau bermastautin atau secara am atau khas telah, selepas penyiasatan wajar di hadapan semua pihak yang berkenaan, memberi persetujuannya terhadap pernikahan itu sebagai wali raja;
Dengan syarat bahawa persetujuan tersebut boleh diberi jika wali tidak boleh didapati untuk bertindak, atau jika wali telah enggan memberi persetujuannya tanpa sebab yang cukup.
(2) Anak dara boleh dinikahkan tanpa persetujuannya oleh wali mujbir jika--
(
a
)
wali mujbir atau bakal suami tidak berseteru dengannya;
(
b
)
bakal suami sekufu dengannya; dan
(
c
)
bakal suami berkemampuan membayar mahar mithil.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.