ENAKMEN 5 TAHUN 1996
ENAKMEN KETERANGAN MAHKAMAH SYARIAH (NEGERI PULAU PINANG) 1996

BAHAGIAN III - PENGEMUKAAN DAN KESAN KETERANGAN
BAB 6 - BABAN MEMBUKTIKAN



Seksyen 73. Beban membuktikan.

(1) Sesiapa yang berhasrat supaya mana-mana Mahkamah memberi penghakiman tentang apa-apa hak atau liabiliti di sisi undang-undang dengan bergantung atas kewujudan fakta yang ditegaskan olehnya, mestilah membuktikan bahawa fakta itu wujud.

(2) Apabila seseorang terpaksa membuktikan kewujudan sesuatu fakta, maka adalah dikatakan bahawa beban membuktikan terletak pada orang itu.

MISALAN

A berhasrat supaya Mahkamah memberi penghakiman supaya B dihukum kerana jenayah yang A katakan telah dilakukan oleh B.

A mesti membuktikan bahawa B telah melakukan jenayah itu.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.