ENAKMEN 2 TAHUN 1992
ENAKMEN PENTADBIRAN AGAMA ISLAM 1992

BAHAGIAN II - MAJLIS AGAMA ISLAM DAN 'ADAT MELAYU PERAK



Seksyen 15. Setiausaha dan urusetia Majlis.

(1) Ketua Jabatan Agama Islam Perak hendaklah menjadi Setiausaha Majlis yang mengetuai pentadbiran Majlis dan bertanggungjawab melaksanakan dasar dan keputusan Majlis. Jabatan Agama Islam Perak hendaklah menjadi urusetia kepada Majlis.

(2) Setiausaha adalah berhak menghadiri semua mesyuarat Majlis dan mengambil bahagian dalam perjalanannya tetapi tidak boleh mengundi.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.