ENAKMEN 4 TAHUN 1996
ENAKMEN ACARA JENAYAH SYARIAH (NEGERI PULAU PINANG) 1996

BAHAGIAN VIII - PERKARA AM



Seksyen 219. Kuasa Mahkamah untuk menyaman dan memeriksa seseorang.

Mana-mana Mahkamah boleh, pada mana-mana peringkat perbicaraan atau prosiding lain di bawah Enakmen ini, menyaman mana-mana orang sebagai saksi, atau memeriksa mana-mana orang yang hadir walaupun dia tidak disaman sebagai saksi, atau memanggil semula dan memeriksa semula mana-mana orang yang telah diperiksa, dan Mahkamah hendaklah menyaman dan memeriksa atau memanggil dan memeriksa semula mana-mana orang itu jika keterangannya didapati perlu demi keputusan yang adil dalam kes itu.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.