ENAKMEN 8 TAHUN 1991
ENAKMEN KETERANGAN SYARIAH NEGERI SEMBILAN 1991

BAHAGIAN III - PENGEMUKAAN DAN NATIJAH KETERANGAN
BAB 6 - Beban Bukti



Seksyen 80. Beban membuktikan orang yang telah tidak didengar apa-apa khabar selama 4 tahun masih hidup.

Tertakluk kepada Hukum Syarak dan mana-mana peruntukan undang-undang bertulis lain, apabila soalnya ialah sama ada seseorang masih hidup atau telah mati, dan ada dibuktikan bahawa tiada apa-apanya khabar telah didengar empat tahun oleh orang-orang yang sepatutnya mendengar khabarnya sekiranya dia masih hidup, maka beban membuktikan bahawa dia masih hidup adalah terpindah kepada orang yang mendakwa demikian itu.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.