ORDINAN 5 TAHUN 1991
ORDINAN UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM 1991
BAHAGIAN VII - PENJAGAAN
Penjagaan ke atas Orang dan Harta
Seksyen 104. Perintah larangan oleh Mahkamah.
(1) Walau apa pun peruntukan yang terkandung dalam seksyen 92, Mahkamah boleh, jika ia fikirkan perlu berbuat demikian, membuat suatu perintah melarang bapa atau datuk lelaki di sebelah bapa seorang kanak-kanak atau wasi-wasi mereka masing-masing dari-
(
a
) menjual, menggadaikan, menggadai janji, menukar, ataupun dengan cara lain melepaskan milik mana-mana harta alih atau harta takalih kanak-kanak itu; atau
(
b
) memajakkan atau menyewakan mana-mana tanah kepunyaan kanak-kanak itu selama tempoh lebih daripada satu tahun, tanpa mendapat kebenaran terlebih dahulu dari Mahkamah.
(2) Apa-apa pelupusan harta seseorang kanak-kanak yang dilakukan bersalahan dengan perintah itu boleh ditetapkan sebagai tak sah, dan atas penetapan itu Mahkamah boleh membuat apa-apa perintah yang difikirkannya perlu untuk mengembalikan harta yang dilupuskan itu kepada kanak-kanak itu.
(3) Mahkamah tidak boleh membuat apa-apa perintah di bawah subseksyen (2) melainkan jika perlu atau baik bagi kepentingan kanak-kanak itu.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.