ENAKMEN 14 TAHUN 1978
ENAKMEN PENTADBIRAN IGAMA ISLAM 1978

BAHAGIAN VIII - KESALAHAN-KESALAHAN



Seksyen 146. Anggapan.

Sesiapa dengan melanggar seksyen 145 dalam Enakmen ini telah menjual sebarang makanan dalam sifatnya sebagai seorang makan gaji kepada seorang lain maka majikannya akan dianggap telah bersyubahat melakukan kesalahan itu dan telah menyebabkan kesalahan itu berlaku oleh kerana persyubahatannya itu melainkan ia mengesahkan bahawa kesalahan yang telah dilakukan oleh orang gaji itu bukan dengan kebenarannya, pengetahuannya atau izinnya dan bahawa ia telah mengambil semula langkah yang menasabah untuk mengelakkan berlakunya kesalahan itu.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.