ENAKMEN 2 TAHUN 1984
ENAKMEN ATURCARA MAL ISLAM 1979

BAHAGIAN XVII - PERBICARAAN



Seksyen 117. Kes tidak dibela.

(1) Dalam mana-mana tindakan, Mahkamah boleh membenarkan kes pihak menuntut dibuktikan melalui keterangan ikrar jika pihak kena tuntut tidak memfailkan pembelaannya atau setelah memfailkan pembelaannya tidak hadir di hari perbicaraan:

Dengan syarat bahawa Mahkamah boleh, jika ia fikir patut, menghendaki kes itu dibuktikan melalui keterangan lisan atau menghendaki keterangan lanjut, lisan atau melalui ikrar dan boleh menangguh perbicaraan untuk maksud tersebut.

(2) Dalam mana-mana tindakan, Mahkamah boleh membenarkan sesuatu fakta tertentu dibuktikan melalui ikrar, tetapi kebenaran tidak boleh diberi jika fakta itu adalah pertikaian
bona fide.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.