ENAKMEN 5 TAHUN 1984
ENAKMEN ACARA SIVIL SYARIAH 1984

BAHAGIAN XXV - PROSIDING BANTAHAN



Seksyen 189. Perbicaraan.

(1) Kecuali jika harta itu dilepaskan seperti tersebut, Mahkamah hendaklah memberi kepada pemiutang pelaksanaan dan pembantah notis perbicaraan bantahan itu tidak kurang daripada dua hari genap dan bantahan itu hendaklah dibicara dan diputuskan seperti juga ia adalah suatu tindakan di mana pembantah adalah plaintif dan pemiutang pelaksanaan defendan.

(2) Bailif tidak boleh menjadi salah satu pihak dalam prosiding ini kecuali jika Mahkamah mengarahkan sedemikian.

(3) Jika Mahkamah memutuskan untuk menyokong pembantah harta itu hendaklah diserahkan kepadanya dan atas permohonannya, Mahkamah bolehlah mengawadkannya suatu jumlah berpatutan sebagai ganti-rugi kerana kehilangan penggunaan, kelusuhan atau kerosakan harta itu dan kos prosiding bantahan itu. Jika harta itu telah dijual, Mahkamah hendaklah mengawadkan nilai yang sebenarnya harta itu yang mungkin akan melebihi amaun yang terdapat dari hasil penjualan dan kos.

(4) Jika Mahkamah memutus bertentangan dengan pembantah ia boleh mengawad pada pemiutang pelaksanaan apa-apa perbelanjaan tambahan yang telah dilakukan dalam pelaksanaan oleh sebab bantahan itu dan kos pembicaraan bantahan dan pelaksanaan hendaklah diteruskan.

(5) Jika pembantah tidak menuntut hak ke atas harta itu tetapi kepentingan di atasnya, Mahkamah boleh memerintahkan penjualan harta itu atau membuat perintah sebagaimana patut.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.