ENAKMEN 1 TAHUN 1983
ENAKMEN KELUARGA ISLAM 1983
BAHAGIAN VI - HADHANAH ATAU PENJAGAAN KANAK-KANAK
Seksyen 72. Bagaimana hak penjagaan hilang.
Hak terhadap hadhanah adalah hilang-
(a) jika perempuan itu berkahwin dengan seorang lelaki yang tidak mempunyai pertalian dengan kanak-kanak itu;
Dengan syarat penjagaannya menyentuh muslihat kanak-kanak itu dan hak terhadap hadhanah adalah kembali semula apabila perkahwinan itu dibubarkan;
(b) jika perempuan itu berkelakuan buruk secara keterlaluan dan terbuka;
(c) jika perempuan itu menukar pemastautinnya dengan tujuan untuk mencegah bapa kanak-kanak itu dari menjalankan pengawasan yang perlu ke atas kanak-kanak itu.
Dengan syarat bahawa seseorang perempuan bercerai boleh mengambil anaknya sendiri ke tempat lahir perempuan itu:
(d) jika perempuan itu murtad;
(e) jika perempuan itu mencuaikan atau menganiayai kanak-kanak itu.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.