ENAKMEN 1 TAHUN 1983
ENAKMEN KELUARGA ISLAM 1983

BAHAGIAN V - NAFKAH ISTERI, ANAK DAN LAIN-LAIN



Seksyen 57. Menuntut tunggakan nafkah.


(1) Tertakluk kepada peruntukan-peruntukan seksyen-kecil (3), tunggakan nafkah yang tidak bercagar, sama ada kena dibayar menurut perjanjian atau dibawah sesuatu perintah Mahkamah boleh dituntut sebagai suatu hutang daripada pihak yang mungkir itu dan, jika tunggakan itu terkumpul kena dibayar sebelum suatu perintah penerimaan dibuat terhadap pihak yang mungkir itu, tunggakan itu boleh dibuktikan dalam kebengkrapannya dan, jika tunggakan itu terkumpul kena dibayar sebelum ia mati, tunggakan itu hendaklah menjadi suatu hutang yang

(2) Tertakluk kepada peruntukan-peruntukan seksyen-kecil (3), tunggakan nafkah yang tak bercagar yang terkumpul kena dibayar sebelum orang yang berhak kepadanya itu mati boleh dituntut sebagai suatu hutang oleh wakil diri di sisi undang-undang, orang itu.

(3) Tiada apa-apa jumlah yang terhutang sebagai nafkah boleh dituntut dalam sesuatu guaman jika ianya terkumpul kena dibayar lebih daripada tiga tahun sebelum guaman itu dimulakan.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.