ENAKMEN 2 TAHUN 1986
ENAKMEN PROSEDUR JENAYAH SYARIAH 1986
BAHAGIAN III - MAKLUMAT KEPADA PEMERIKSA AGAMA DAN KUASA-KUASA MENYIASAT
BAB IV
Seksyen 64. Buku harian mengenai tindakan dalam penyiasatan.
(1) Tiap-tiap Pemeriksa Agama yang membuat penyiasatan di bawah Bab ini hendaklah dari sehari ke sehari mencatatkan tindakan-tindakannya di dalam buku harian penyiasatan dengan menyatakan-
(a) waktu perintah, jika ada, bagi menjalankan penyiasatan itu sampai kepadanya;
(b) waktu memulakan dan menutup penyiasatan itu;
(c) tempat atau tempat-tempat yang dilawatinya; dan
(d) suatu kenyataan mengenai keadaan-keadaan yang didapati melalui penyiasatannya.
(2) Walau apa pun yang diperuntukkan dalam Akta Keterangan 1950, seseorang dituduh tidaklah berhak, sama ada sebelum atau dalam masa penyiasatan atau pembicaraan dijalankan, meminta atau memeriksa buku harian penyiasatan itu:
Dengan syarat bahawa jika Pemeriksa Agama yang telah membuat penyiasatan merujuk kepada buku harian itu maka catatan-catatan yang hanya telah dirujuk oleh pegawai itu sahaja hendaklah ditunjukkan kepada orang yang dituduh itu, dan Mahkamah hendaklah atas permintaan pegawai itu menyebabkan apa-apa catatan lain disembunyikan daripada pandangan atau dipadamkan.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.