ENAKMEN 15 TAHUN 1992
ENAKMEN UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM 1992

BAHAGIAN IX - PENALTI



Seksyen 128. Poligami tanpa kebenaran Mahkamah.

Jika seseorang lelaki berkahwin lagi di mana-mana juapun dalam masa perkahwinannya yang sedia ada masih berterusan tanpa mendapat kebenaran secara bertulis terlebih dahulu daripada Hakim Syarie, adalah melakukan suatu kesalahan dan boleh dihukum denda tidak melebihi tiga ribu ringgit atau penjara tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya denda atau penjara itu.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.