ENAKMEN 3 TAHUN 1994
ENAKMEN KETERANGAN (MAHKAMAH SYARIAH) 1994

BAHAGIAN III - PENGEMUKAAN DAN NATIJAH KETERANGAN
BAB VI - BEBAN MEMBUKTI



Seksyen 84. Beban membuktikan seseorang masih hidup yang telah tidak didengar khabar selama 4 tahun.

Tertakluk kepada Hukum Syara' dan peruntukan mana-mana undang-undang bertulis lain, apabila soalnya ialah sama ada seseorang itu masih hidup atau telah mati dan ada dibuktikan bahawa tiada apa-apa khabar telah didengar mengenainya selama empat tahun dari masa dia hilang oleh orang-orang yang sepatutnya mendengar khabarnya sekiranya dia masih hidup, maka beban membuktikan bahawa dia masih hidup adalah terpindah kepada orang yang mengatakan demikian itu.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.