ENAKMEN 13 TAHUN 1993
ENAKMEN KETERANGAN SYARIAH 1993

BAHAGIAN III - PENGEMUKAAN DAN NATIJAH KETERANGAN
BAB 9 - MEMASTIKAN KEBENARAN KETERANGAN SAKSI



Seksyen 129. Bila saksi boleh diminta bersumpah.

Apabila hal keadaan memerlukan atau proses pemeriksaan saksi sukar dilaksanakan atau defendan atau tertuduh membuat permohonan meminta Hakim memerintahkan mana-mana saksi supaya bersumpah sebagai saksi yang bercakap benar, kerana terdapat keperluan untuk memperteguhkan keterangannya, Hakim boleh mengarahkan saksi tersebut mengangkat sumpah dan Hakim boleh juga memberi ingatan kepadanya itu bahawa jika dia tidak bersumpah keterangannya tidak boleh diterima.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.