ENAKMEN 13 TAHUN 1993
ENAKMEN KETERANGAN SYARIAH 1993

BAHAGIAN III - PENGEMUKAAN DAN NATIJAH KETERANGAN
BAB 8 - PEMERIKSAAN SAKSI



Seksyen 118. Kuasa Hakim bagi mengemukakan soalan atau memerintah pengemukaan.

Hakim boleh, untuk mengetahui atau mendapatkan bukti yang wajar mengenai fakta-fakta relevan, menanya apa-apa soalan yang dia suka, dalam apa-apa bentuk pada bila-bila masa, pada mana-mana saksi atau pihak, mengenai apa-apa fakta sama ada relevan atau tak relevan; dan boleh memerintahkan pengemukaan apa-apa dokumen atau benda; dan tidak mana-mana pihak atau ejen mereka tidak berhak membuat apa-apa bantahan atas mana-mana soalan, atau perintah itu, atau, dengan tiada kebenaran Mahkamah, memeriksa balas mana-mana saksi atas apa-apa jawapan yang diberi bagi menjawab mana-mana soalan itu:

Dengan syarat bahawa penghakiman itu mestilah berasaskan fakta-fakta yang ditetapkan oleh Enakmen ini sebagai relevan dan dibuktikan dengan sempurnanya.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.