ENAKMEN 5 TAHUN 1996
ENAKMEN KETERANGAN MAHKAMAH SYARIAH (NEGERI PULAU PINANG) 1996

BAHAGIAN II - PEMBUKTIAN
BAB 5 - KETERANGAN DOKUMENTAR
Anggapan Tentang Dokumen



Seksyen 69. Anggapan tentang buku, peta dan carta.

Mahkamah boleh menganggap bahawa mana-mana buku yang dirujuk olehnya untuk mendapat maklumat mengenai Hukum Syara' atau mengenai apa-apa perkara kepentingan awam atau kepentingan am, dan bahawa mana-mana peta atau carta yang disiarkan yang pernyataan di dalamnya adalah fakta relevan dan yang dikemukakan untuk pemeriksaannya, telah ditulis dan disiarkan oleh orang dan pada masa dan di tempat yang ia berupa telah ditulis atau disiarkan.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.