ENAKMEN 4 TAHUN 1994
KANUN ACARA JENAYAH (SYARIAH) 1994

BAHAGIAN IV - PROSIDING DALAM PENDAKWAAN
BAB XII - DARIHAL CARA MENGAMBIL DAN MEREKODKAN KETERANGAN DALAM PERBICARAAN



Seksyen 111. Menterjemahkan keterangan kepada tertuduh.

(1) Apabila keterangan diberikan dalam bahasa atau isyarat yang tidak difahami oleh tertuduh, dan jika dia hadir sendiri, keterangan itu hendaklah diterjemahkan kepadanya dalam Mahkamah terbuka dalam bahasa yang dia faham.

(2) Apabila dokumen-dokumen dikemukakan bagi maksud pembuktian formal, maka adalah menjadi budi bicara Mahkamah untuk menterjemahkannya setakat yang difikirkan perlu.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.