ENAKMEN 5 TAHUN 1984
ENAKMEN ACARA SIVIL SYARIAH 1984

BAHAGIAN XXX - WANG, KUMPULAN WANG YANG DILABURKAN DAN HARTA DALAM MAHKAMAH



Seksyen 217. Pelaburan.

(1) Apa-apa wang di dalam Mahkamah boleh diperintah untuk dilaburkan dan hendaklah didepositkan di dalam mana-mana akaun bank di atas nama tajuk prosiding dan nama orang yang berhak menerima kumpulanwang itu.

(2) Mahkamah dibenarkan membuka lebih dari satu akaun mengenai prosiding yang sama tetapi tiada akaun boleh dikhaskan untuk kumpulanwang lebih daripada seorang kecuali jika orang yang berkenaan itu berhak bersesama dengan orang lain kepada kumpulanwang itu.

(3) Bayaran keluar tidak boleh dibuat tanpa perintah Mahkamah dan perintah bayaran keluar ini boleh memperuntukkan bayaran berkala.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.