ENAKMEN 1 TAHUN 1983
ENAKMEN KELUARGA ISLAM 1983

BAHAGIAN VI - HADHANAH ATAU PENJAGAAN KANAK-KANAK



Seksyen 77. Perintah menetapkan ibu atau bapa tak layak menjaga anak.


(1) Mahkamah boleh, apabila membenarkan suatu perceraian, atau pada bila-bila masa selepas perceraian, atas permohonan bapa atau ibu seseorang anak dari perkahwinan itu, atau atas permohonan sesiapa jua, membuat suatu perintah menetapkan ibu atau seseorang yang berhak menjaga anak itu sebagai seorang yang tidak layak menjaga anak itu dan boleh pada bila-bila masa membatalkan sesuatu perintah itu.

(2) Jika sesuatu perintah telah dibuat di bawah seksyen-kecil (1), dan perintah itu belum dibatalkan, maka ibu atau bapa atau mana-mana orang yang ditetapkan oleh perintah itu sebagai tidak layak menjaga anak itu tidaklah berhak menjaganya, apabila mati orang yang lain itu, melainkan jika Mahkamah memerintahkan sebaliknya.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.