ENAKMEN 14 TAHUN 1978
ENAKMEN PENTADBIRAN IGAMA ISLAM 1978

BAHAGIAN VI - NAFKAH TANGGUNGAN DAN HADHANAH



Seksyen 137. Hak Hadhanah dan memelihara anak.

(1) Jika berlaku perceraian di antara suami isteri, maka anak-anak mereka hendaklah diserahkan bagi Hadhanah dan peliharaan mengikut Hukum Syarak kepada mana-mana pihak yang ditentukan dan diputuskan oleh Mahkamah.

(2) Sesiapa yang melanggar keputusan Mahkamah bagaimana peruntukan seksyen-kecil (1) seksyen ini adalah melakukan kesalahan yang boleh dihukum dengan denda tidak lebih daripada lima ratus ringgit atau penjara selama tidak lebih daripada tiga bulan atau kedua-duanya sekali. Anak-anak itu hendaklah diserahkan kembali kepada yang berkenaan bagi Hadhanah dan peliharaannya seperti yang telah diputuskan oleh Mahkamah di bawah seksyen-kecil (1) seksyen ini.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.