ENAKMEN 5 TAHUN 1989
ENAKMEN PENGAWALAN SEKOLAH-SEKOLAH AGAMA ISLAM 1988

BAHAGIAN IV - PENDAFTARAN SEKOLAH ISLAM



Seksyen 15. Pembatalan pendaftaran.

(1) Pendaftar hendaklah memberitahu Jemaah tentang apa-apa ketakpatuhan mana-mana syarat yang dinyatakan dalam Perakuan Pendaftaran atau apa-apa arahan lain yang dikeluarkan olehnya dan hendaklah mengarahkan Jemaah supaya membuat sesuatu untuk mematuhi syarat-syarat itu.

(2) Kegagalan mematuhi arahan-arahan itu boleh menyebabkan terbatalnya suratcara itu dan Perakuan Pendaftaran Sekolah Islam tersebut.

(3) Mana-mana Jemaah yang Sekolah Islamnya telah dibatalkan pendaftarannya dibawah seksyen ini boleh, apabila Pendaftar berpuas hati bahawa ketidakpatuhan yang dinyatakan dalam arahan-arahan Pendaftar telah diperbaiki, memohon untuk mendaftarkan semula Sekolah Islam itu.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.