ENAKMEN 6 TAHUN 1996
ENAKMEN PENGAWALAN SEKOLAH-SEKOLAH AGAMA ISLAM 1996

BAHAGIAN VI - PELBAGAI



Seksyen 25. Kuasa untuk memasuki premis

Pendaftar, Timbalan Pendaftar, Nazir Sekolah Islam, atau mana-mana orang yang diberikuasa dengan sewajarnya secara bertulis oleh Majlis boleh, pada bila-bila masa yang munasabah, masuk ke dalam mana-mana premis Sekolah Islam bagi maksud menjalankan apa-apa pemeriksaan atau penyiasatan atau selainnya memastikan yang Sekolah Islam itu ditadbirkan dengan sewajarnya.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.