ENAKMEN 6 TAHUN 2001
ENAKMEN KETERANGAN MAHKAMAH SYARIAH (TERENGGANU) 2001

BAHAGAN III - PENGEMUKAAN DAN KESAN KETERANGAN
BAB 3 - PEMERIKSAAN SAKSI



Seksyen 111. Perkara yang boleh dibuktikan berkaitan dengan pernyataan terbukti yang ialah qarinah di bawah seksyen 20 atau 21.

Bilamana apa-apa fakta yang ditetapkan sebagai qarinah di bawah seksyen 20 atau 21 terbukti, segala perkara boleh dibuktikan sama ada untuk menyangkal atau menyokong pernyataan itu, atau untuk mencabar atau mengesahkan kebolehpercayaan orang yang telah membuatnya, yang mungkin boleh dibuktikan jika orang itu telah dipanggil sebagai saksi dan telah menafikan kebenaran perkara yang disarankan itu apabila diperiksa balas.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.