ORDINAN 8 TAHUN 1991
ORDINAN KANUN ACARA JENAYAH SYARIAH 1991

BAHAGIAN IV - PROSIDING PENDAKWAAN
BAB XI
Peruntukan-Peruntukan Am Berkenaan dengan Perbicaraan



Seksyen 103. Pendakwa bolehlah berhenti daripada mendakwa selanjutnya pada mana-mana peringkat.

(1) Pada mana-mana peringkat prosiding di hadapan sebuah Mahkamah Syariah, sebelum diberi keputusan, pegawai yang menjalankan pendakwaan bolehlah, jika difikirkan patut, memberitahu Mahkamah bahawa dia tidak bercadang untuk mendakwa lebih lanjut lagi orang yang dituduh itu terhadap pertuduhan itu, dan semua prosiding di atas pertuduhan terhadap orang yang dituduh bolehlah digantungkan dengan kebenaran dari Mahkamah dan jika telah diberhentikan orang yang dituduh itu hendaklah dilepaskan daripada tuduhan itu.

(2) Pelepasan daripada tuduhan itu tidaklah menjadi suatu pembebasan kecuali jika Mahkamah mengarahkan demikian.

(3) Seksyen ini tidak terpakai kepada hal-hal yang melibatkan hudud dan qisas.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.