ENAKMEN 7 TAHUN 1991
ENAKMEN KANUN PROSEDUR MAL SYARIAH SELANGOR 1991

BAHAGIAN XII - PINDAAN



Seksyen 81. Cara.

Pindaan hendaklah dibuat dengan cara memfail satu salinan dokumen yang dipindah, yang mana hendaklah menunjukkan dengan cara mana dokumen itu dipinda, dan menyerahkannya kepada pihak satu lagi:

Dengan syarat bahawa, jika pindaan diperintahkan dalam masa perbicaraan mana-mana tindakan atau prosiding, atau jika semua pihak hadir semasa pindaan itu dibuat, Mahkamah boleh dengan budibicaranya meminda dokumen dalam failnya dan penyerahan kepada mana-mana pihak tidaklah perlu.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.