ENAKMEN 6 TAHUN 1993
ENAKMEN ZAKAT DAN FITRAH 1993

BAHAGIAN VI - TAKSIRAN DAN RAYUAN
BAB II - RAYUAN



Seksyen 44. Pesuruhjaya Khas dan Setiausaha Pesuruhjaya.

(1) Bagi maksud-maksud Enakmen ini, hendaklah ada tiga orang atau lebih Pesuruhjaya Khas Zakat dan Fitrah dan seorang Setiausaha kepada Pesuruhjaya Khas.

(2) Pesuruhjaya Khas hendaklah dilantik oleh Yang di-Pertua Negeri.

(3) Pesuruhjaya Khas hendaklah termasuk beberapa orang ulama yang mempunyai pengalaman kehakiman dan perundangan dalam bidang Syariah sebagaimana yang ditetapkan oleh Yang di-Pertua Negeri dari semasa ke semasa; dan jika Yang di-Pertua Negeri fikirkan bermanfaat berbuat demikian, dia boleh melantik seorang daripada orang-orang itu untuk menjadi Pengerusi Pesuruhjaya Khas.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.