ENAKMEN 4 TAHUN 2006
ENAKMEN PENTADBIRAN AGAMA ISLAM 2006

BAHAGIAN II-MAJLIS



Seksyen 6. Majlis hendaklah membantu dan menasihati Duli Yang Maha Mulia Raja Pemerintah

Majlis hendaklah membantu dan menasihati Duli Yang Maha Mulia Raja Pemerintah berkenaan dengan semua perkara yang berhubungan dengan agama Islam di dalam Negeri Perlis, kecuali perkara-perkara Hukum Syarak dan yang berhubungan dengan pentadbiran keadilan, dan dalam semua perkara sedemikian hendaklah menjadi pihak berkuasa utama didalam Negeri Perlis selepas Duli Yang Maha Mulia Raja Pemerintah, kecuali jika diperuntukkan selainnya dalam Enakmen ini.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.