ENAKMEN 7 TAHUN 1991
ENAKMEN KANUN PROSEDUR MAL SYARIAH SELANGOR 1991

BAHAGIAN IV - SAMAN



Seksyen 25. Pengeluaran dan penyampaian.

Pendaftar hendaklah memeriksa saman dan jika saman itu berbentuk sempurna dan jika plaintif telah menjelaskan bayaran sepatutnya (termasuk bayaran untuk penyampaian saman itu) hendaklah memberikan suatu nombor bersiri kepadanya, mementeraikan, menandatangani dan mengeluarkannya dan menyerahkannya kepada bailif untuk menyampaikan. Jika Pendaftar berpendapat bahawa saman itu tidak sempurna bentuknya boleh menolaknya atau mengarahkan supaya saman itu dipinda.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.