ORDINAN 8 TAHUN 1991
ORDINAN KANUN ACARA JENAYAH SYARIAH 1991

BAHAGIAN III - MAKLUMAT KEPADA PEGAWAI PENGUATKUASA AGAMA DAN KUASA-KUASA MEREKA MENYIASAT
BAB VI



Seksyen 54. Maklumat.

(1) Tiap-tiap maklumat berhubung dengan berlakunya sesuatu kesalahan jika diberi secara lisan kepada seseorang Pegawai Penguatkuasa Agama hendaklah dituliskan olehnya atau di bawah arahannya dan dibaca balik kepada [engadu itu.

(2) Tiap-tiap maklumat tersebut hendaklah dimasukkan ke dalam Borang 5 dalam Jadual yang akan disimpan oleh Pegawai tersebut yang hendaklah menyatakan dengan catatan itu tarikh dan waktu maklumat itu telah diberi, dan sama ada diberi dengan bertulis atau dituliskan seperti tersebut hendaklah ditandatangani oleh orang yang memberinya itu.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.