ENAKMEN 2 TAHUN 2001
ENAKMEN PENTADBIRAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM (TERENGGANU)

BAHAGIAN V - KEWANGAN
Zakat dan Fitrah



Seksyen 71. Pengawal, Timbalan Pengawal, Nazir dan Amil.

Majlis hendaklah menjadi Pengawal Zakat dan Fitrah bagi Negeri Terengganu dan bolehlah dia melantik Timbalan-Timbalan Pengawal, Nazir Zakat, Penolong Nazir Zakat, Amil, dan Penolong-Penolong Amil bagi tiap-tiap mukim masjid sebagaimana yang difikirkan perlu.




Copyright PNMB-LawNet. All rights reserved.