ENAKMEN 10 TAHUN 1993
ENAKMEN PROSEDUR JENAYAH SYARIAH 1993

BAHAGIAN IV - PROSIDING PENDAKWAAN
BAB IX - PERTUDUHAN



Seksyen 90. Bila seorang yang dituduh dengan satu kesalahan boleh disabitkan dengan kesalahan lain.

Jika dalam perkara seperti yang disebutkan dalam seksyen 89, orang yang dituduh telah dipertuduhkan atas satu kesalahan dan didapati daripada keterangan bahawa dia telah melakukan kesalahan lain daripada yang dia dituduh itu, ia boleh disabitkan atas kesalahan yang mana telah dibuktikan telah dilakukannya, sungguhpun dia tidak dituduh atas kesalahan itu.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.